Objektif

Seminar ini berfokus kepada perbincangan tentang isu yang berkaitan dengan tema, iaitu 'Bahasa Melayu Warisan Budaya Bangsa'. Secara khusus, tujuan seminar ini adalah untuk:
* mengumpulkan hasil penyelidikan dan penulisan para ilmuwan dalam pelbagai disiplin ilmu dalam bahasa Melayu yang melonjakkan peradaban Melayu.
* membina repositori dan wadah tentang bahasa warisan bangsa; dan
* meneroka dan menggiatkan pemikiran tentang bahasa Melayu pada masa lampau dan akan datang.