Penghantaran Abstrak & Makalah

Abstrak tidak melebihi 200 patah perkataan berserta biodata pemakalah (lebih kurang 50 patah perkataan) hendaklah diemelkan kepada zazh@upm.edu.my (Prof. Madya Dr. Zaitul Azma Zainon Hamzah) selewat-lewatnya pada 15 NOVEMBER 2017. Setiap abstrak perlu mengemukakan lima kata kunci.

Makalah penuh yang tidak melebihi 10 halaman bertaip langkau sebaris menggunakan MS Word dengan fon Arial bersaiz 10 hendaklah sampai ke Urus Setia sebelum atau pada 31 DISEMBER 2017 dengan menggunakan e-mel yang sama untuk penghantaran abstrak. Makalah yang lewat dan tidak disertakan dengan yuran tidak akan dipertimbangkan untuk prosiding dan pembentangan.